Monday, 16 January 2012

bIlA kEsunyiAn itu hAdir

~Kesunyian~ adalah situasi yang pasti dirasai oleh semua orang. Mungkin kita pernah merasa kesunyian dalam hidup yang melanda sanubari. Tanpa di duga, kita juga akan merasa keseorang tanpa teman, tanpa seseorang disisi. Pasti merasa kehilangan, buntu dalam menetukan segalanya...


Apabila terjadinya situasi begini, pasti kita merasa hampa, mungkin juga fikiran kita hilang entah ke mana atau pergi membawa diri sejauh yang mungkin entah ke mana untuk mencari inspirasi dalam mengisi akan kesunyian. Mengembara dengan penuh ertinya. Hati merasa terseksa, batin rasa meronta. Bila malam menjelma, dikala semua lena dibuai mimpi, kita masih selalu terjaga...



Bila ini terjadi tatkala kita merasa tidak ada seorang pun yang dapat memahami, tidak seorang yang dapat mengerti, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka laranya, tidak ada tempat untuk mengadu dan berkongsi rasa kehidupan. Liku kehidupan yang penuh kerlipan yang begitu mengasyikan. Hidup makin akan terasa siksanya dengan kesunyian yang menyelubungi jiwa. Semakin hari merasa semakin tidak lagi bermakna...


~Tidakkah kita berfikir??~

Bila itu yang kita rasakan, Mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Mugkin ada yang selama ini kita tidak sedar akan sesuatu didalam kesunyian itu. Bahawa sedarlah kita dari mimpi dan termenung dalam kesunyian yang menghantui diri, di saat dan kala itu sebenarnya Allah ada bersama kita. DIAlah yang paling setia pada kita. DIAlah yang menemani setiap hari-hari mendatang kita...


DIA selalu memantau, memerhati dan menemani kita dengan penuh kasih sayang yang begitu mendalam. Kesetiannya pada kita tidak ppernah jemu menjelang hari ke hari berlalu. DIA akan selalu menemani tidur kita, malam kita yang sunyi sepi dan mmenjaga diri kita dikala lemah tidak bermaya, DIAlah yang memerhatikan gerak kesunyian kita tanpa kita sedari hebatnya DIA selalu bersama kita. Namun, keadaan ini akan terjadi bila mana kita mengetahui dan yakini bahawa Allah itu benar adanya dan sudah tentunya ianya menetap dan termateri dihati sanubari kita. Dengan erti kata lain, kita mahu mengimani dan mencintaiNya dengan sepenuh jiwa raga kita...



~Pernahkah kita menyedari hal sebegini??~

Allah telah memberikan kita nikmat dan anugerah yang begitu bernilai kepada kita, sedangkan kita masih lagi mendustakan-Nya. Di mana erti syukur kita pada-Nya?? Masih lagikah kita sanggup melupakan-Nya dalam setiap nafas yang kita jalani disaban hari ini...



Firman Allah yang bermaksud: Allah tidak akan memberi kesusahan seseorang hambanya
melainkan apa yang terdaya buatnya [Al-Baqarah:233]


Allah telah membuatkan hati kita yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya bak purnama berkilauan dan yang kerdil menjadi raksasa. Allah mengisi setiap kekosongan dalam hati kita. Allah ciptakan Hawa supaya dapat menemani Adam di syurga. Allah ciptakan semuanya berpasangan supaya tidak kesunyian dan kesepian. Sepertinya kita tidak boleh lerut dengan kesedihan, kesunyian, kesepian dalam hidup...


Kerna boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi, sunyi itu dalam hati kita untuk menguji akan hambanya betapa kuatnya cinta kita pada-Nya. Sehinggakan dengan kesunyian itu kita mampu khusyuk untuk mendekatiNya. Dengan kesunyian itu banyak kelebihannya. Kita tidak lagi sunyi atau pun sepi, malah Allah sentiasa menemani kita walau dimana jua kita berhadapan dengan pelbagai hal keadaanya...


Rasulullah SAW bersabda,
“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”


Sunday, 15 January 2012

tEnanglAh dUhai jiwa



Akhir-akhir ini, kesibukan menemani diri.
Jiwaku dilanda keresahan.
Damai ku seakan-akan diragut.
Entah mengapa hati ku dirundum kesedihan. Mengapa?
Aku sendiri tidak mengerti. Mungkin ini ujian Ilahi buat insan seperti aku. 
Pada teman ku lemparkan senyuman, mereka tertawa, aku turut tertawa. Namun hati masih tiada damai. 
Tenang ku entah di mana. Termenung aku mencari jawapan, masih tiada jawapannya.
Ketika menghadapnya, ku adu puas-puas, biar aku peroleh damaiku, tenang ku dan senyumanku.
PadaNYA jua, ku bisikan agar jiwa laraku tenang. PadaNYA jua agar aku dijauhi dari perkara-perkara buruk yang mampu membuat aku berpaling dari landasan hidup. 
Ku ceritakan padaNYA tentang segala permalahan hati ku. Ku pohon padaNYA agar dikurniakan rezeki yang halal dan kesabaran yang tinggi.. Selebihnya biar hanya aku dan DIA yang mengetahui segalanya... Moga aku mampu melalui dugaan ini. Moga aku terus melangkah dan terus melangkah...

abu faqir
15.1.2012_ahad
11.10 a.m

Thursday, 12 January 2012

ku dambAkan mAghfirAh Mu ya rAbbi...



Tuhan,
Terdetik di hati ini,
Rasa insaf yang sekudusnya,
Dari jiwa berdosa seorang hamba,
Mengharap dalam pasrah,
Diampuni segala dosa.
Tuhan,
Sesungguhnya aku malu padamu,
Kerana mendambakan maghfirah,
Sedang dosa kian bertambah,
Namun...tiada lagi bait-bait indah,
Dapatku lafazkan kekesalan ini,
Hanya padaMu Tuhan..ku mengharapkan keampunan.
Tuhan,
Mana mungkin insan sekerdilku...
Hidup tanpa RahmatMu dan kasih sayangMu,...
Lalu dalam detik waktu yang bersisa ini,
Masih adakah lagi ruang untukku...
Mengecap manis cintamu?
Tuhan,
Mohonku buat kesekian kalinya,
Terimalah taubatku ini,
Sucikanlah,lembutkanlah dan cekalkanlah hati ini,
Sesuci hati para anbiya' dan para syahidin,
Moga bertahkta di hatiku,
Cintamu yang Agung!
Amin..

ku dambAkan mAghfirAh Mu ya rAbbi...


Tuhan,
Terdetik di hati ini,
Rasa insaf yang sekudusnya,
Dari jiwa berdosa seorang hamba,
Mengharap dalam pasrah,
Diampuni segala dosa.
Tuhan,
Sesungguhnya aku malu padamu,
Kerana mendambakan maghfirah,
Sedang dosa kian bertambah,
Namun...tiada lagi bait-bait indah,
Dapatku lafazkan kekesalan ini,
Hanya padaMu Tuhan..ku mengharapkan keampunan.
Tuhan,
Mana mungkin insan sekerdilku...
Hidup tanpa RahmatMu dan kasih sayangMu,...
Lalu dalam detik waktu yang bersisa ini,
Masih adakah lagi ruang untukku...
Mengecap manis cintamu?
Tuhan,
Mohonku buat kesekian kalinya,
Terimalah taubatku ini,
Sucikanlah,lembutkanlah dan cekalkanlah hati ini,
Sesuci hati para anbiya' dan para syahidin,
Moga bertahkta di hatiku,
Cintamu yang Agung!
Amin..